Pas sedang bergolak, ada pihak mahu langgar Hadi Awang

Pas sedang bergolak, ada pihak mahu langgar Hadi Awang

SEORANG pemimpin PAS hari ini mendakwa ada pihak dalam parti itu mahu ‘melanggar’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Mokhtar Senik mendakwa pihak terbabit juga mahu mencantas kedudukannya dalam parti Islam itu.

Berikutan itu Mokhtar menegaskan, beliau dan rakan-rakan dalam PAS akan terus bersama-sama mempertahankan Abdul Hadi.

Berikut adalah kenyataan penuh Mokhtar yang dimuatnaik di Facebooknya:

“Kamu nak cantas saya, saya tak pernah risau dan resah. Kerana saya bukan orang penting dlm parti. Lagi pun saya tiada apa-apa kepentingan pribadi. Sebab itu saya tak pernah “playsafe” seperti kamu.

“Yang tak kena saya tegur walau merugikan perjalanan politik saya. Apa saya kisah. Saya bukan makan gaji dengan parti jauh sekali dengan kamu. Saya naik pun bukan kerana pengaruh ayah saya. Bukan kerana ditaja oleh team saya. Saya naik kerana ahli kat bawah lonjak saya. Sebahagian mereka itu rakan, teman dan anak-anak murid yang mengenali saya.

“Tapi kalau kamu berhasrat nak langgar presiden maka saya akan “kisah”. Saya percaya saya masih ada teman-teman untuk bersama mempertahankan presiden. Beliau GURU dan MURABBI kami.

“Jangan galak sangat sebab kami sedang memerhati. Pegang teguh pendirian parti dan walak kepada pimpinan.

“Walaupun tiada ‘statement’ jelas bahawa kamu suruh kambing makan pokok-pokok sayur, tapi perbuatan kamu melepaskan kambing dan meruntuhkan pagar bermakna kamu sedang membinasakan kebun sayuran.”