Pasangan suami isteri baru nikah maut di hotel kerana overdose ubat kuat

Pasangan suami isteri baru nikah maut di hotel kerana overdose ubat kuat

Sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotel di Kabupaten Karanganyar, Jawa Tengah, Indonesia.

Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti mengesahkan kejadian yang berlaku itu membabitkan mangsa lelaki berusia 30 tahun dan mangsa wanita, 27 tahun pada Isnin, 3 Oktober 2022.

Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan baru sahaja berkahwin beberapa minggu lalu. Kemudian mereka menempah bilik hotel tersebut pada jam 4.30 petang, Sabtu.

Keesokan harinya sebelum ditemui meninggal dunia, mereka sempat menghubungi bahagian kaunter untuk memanjangkan tempoh penginapan sehingga jam 4 petang.

“Di hari Isnin, 3 Oktober 2022, pasangan itu tidak keluar dari bilik hotel. Ketika diperiksa, pasangan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh pekerja hotel, terus menghubungi talian kecemasan.

Hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan kedua-duanya telah meninggal dunia dan tiada sebarang unsur kecederaan ditemui pada mayat mangsa.

Kedua-duanya meninggal dunia kerana dipercayai mengambil ubat kuat berlebihan sehingga menyebabkan denyutan jantung tidak stabil yang mengakibatkan pembuluh darah pecah dan meninggal dunia.

Punca kematian pasangan itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan sebotol ubat kuat yang tidak berisi atau kosong dan satu strip ubat yang telah digunakan.

Kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk menjalani proses pengebumian.