‘Patutlah macam pernah tengok je rumah ni’ – Pengusaha dobi ini dedah identiti sebenar pelanggan yang selalu cuci karpet sejadah di kedainya

‘Patutlah macam pernah tengok je rumah ni’ – Pengusaha dobi ini dedah identiti sebenar pelanggan yang selalu cuci karpet sejadah di kedainya

 

Begitulah kisah seorang pengusaha dobi yang menzahirkan rasa teruja apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi pelanggannya.

Menurut Siti Subaiyah Shahudin yang mengusahakan Dobi Harum di Bangi, Selangor, dia sebenarnya sudah beberapa kali menerima karpet sejadah daripada kediaman Perdana Menteri ke-10 itu untuk dicuci.

Namun katanya, dia selama ini tidak pernah tahu mengenai identiti pemilik kediaman itu sehinggalah segalanya terbongkar, baru-baru ini. “Patutlah bila tengok rumah di Sungai Long ni rasa macam familiar. Dah beberapa kali mereka hantar cuci karpet sejadah bergulung-gulung dengan kami rupanya.

“Tapi sebab tak kenal owner rumah, saya syak mesti tuan rumah ni selalu jemput budak-budak tahfiz solat sekali, atau beliau ada buat aktiviti kebajikan.

“Hari ni mereka hantar karpet-karpet sejadah beberapa gulung lagi untuk dicuci. Hari ni barulah saya tau siapa owner rumah,” ujarnya menerusi posting di Facebook.

Dalam perkongsian sama, Siti Subaiyah turut berterima kasih kepada Anwar kerana sudi menjadi pelanggannya. “Terima kasih kerana sudi jadi client kami. Semoga owner rumah ni dirahmati Allah dan dipermudahkan menggalas tugas-tugas baharu.

“Syarikat kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan,” ujarnya yang turut menyertakan beberapa foto menerusi posting itu. Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa kagum dengan Anwar yang sering mengadakan aktiviti keagamaan di kediamannya.

Malah, netizen juga tumpang gembira dengan pengusaha dobi itu yang berpeluang untuk berkhidmat kepada perdana menteri. “Ownernya tak berkopiah tak berjanggut. Tapi amalannya, MasyaAllah. Pemimpin begini yang negara perlukan.

“Punyalah fokus kepada job cuci karpet, sampai tak tahu siapa owner karpet. Huhu. Good job. “Tahniah. Jadi kenangan sangat ni. Dapat beri servis kepada pemimpin utama negara.

“DSAI memang selalu buat kuliah kan macam dekat rumah dia di Bukit Segambut dulu. “Setiap malam Jumaat ada majlis bacaan Yasin dan halaqah di rumah beliau,” tulis beberapa netizen.

Baru-baru ini, Anwar turut mengumumkan hasrat membuka Sri Perdana kepada rakyat setiap minggu. Kata Anwar, dia akan menjadikan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana sebagai tempat berlangsung majlis agama dengan program-agama agama setiap minggu.