Pelancong diganggu selepas ambil cengkerang dari pulau, ada benda datang suruh pulang semula

Pelancong diganggu selepas ambil cengkerang dari pulau, ada benda datang suruh pulang semula

Destinasi percutian ke pulau sering menjadi pilihan ramai terutama apabila kita mula membayangkan keindahan air laut yang biru, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa di tepi laut serta bermacam-macam aktiviti air dapat dilakukan.

Namun, jika ke laut atau pantai kita sering kali dipesan oleh orang-orang tua agar tidak mengambil apa-apa barang yang ada di sana seperti terumbu karang, cengkerang serta banyak lagi.

Pesanan ini kebiasaanya diberikan kerana orang-orang tua dahulu bimbang sekiranya barang yang diambil itu boleh mendatangkan bahaya serta khuatir jika barang itu merupakan milik makhluk lain.

Pelancong disuruh pulangkan cengkerang dan kulit siput yang diambil

Hal ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok iaitu @mermanpulau yang meceritakan kisah salah seorang pelanggannya yang memulangkan cengkerang gergasi dan kulit siput yang diambil dari sebuah pulau di Pulau Tioman.

@mermanpulau

Sedikit info percutian ke pulau 🙏🏻🧜🏻‍♂️💕🌅. #fyp #islandlover #Masuktak #TheRaidOcean

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Menurutnya, cengkerang gergasi dan kulit siput yang dibungkus dengan plastik merah itu telah dipulangkan kepadanya pada pagi 20 Mac.

Pelancong kena ketika masih di Pulau Tioman

Menerusi penjelasan di dalam video, pelancong itu telah mengambil dua cengkerang berwarna putih yang dijumpai di beberapa tunggul kayu di sana.

“Pakcik itu ambil cengkerang itu daripada sini dan bawa pulang ke Kampung Salang, malam tadi ada orang datang ziarah dia dan suruh pulangkan benda ni balik.

“Nasib baik kena kacau masa pelancong masih di Tioman,” kata @mermanpulau.

Dia kemudian meletakkan semula cengkerang dan kulit siput itu di tempat asalnya.

@mermanpulau

Reply to @hattadolmat_ yes. Naseb baik kena kacau masa pelancong masih di TIOMAN. 👁 . Peringatan untuk semua 🙏🏻. #fyp #islandlover #TheRaidOcean

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Dalam video tersebut, dia turut memberi peringatan kepada para pelancong yang hadir ke pulau itu agar tidak mengambil sebarang khazanah laut yang ada di sana kerana ia hanyalah untuk tontonan.

Malah dia menerusi di ruangan komen ada menjelaskan bahawa setiap pelancong sudah pun diberi peringatan dan taklimat agar mematuhi undang-undang di Taman Laut Malaysia di setiap check point.

Tambahnya lagi, jika gagal mengikut ketetapan yang diberikan ‘kenalah tanggung sendiri akibatnya’.

Melihat ke ruangan komen rata-rata netizen turut menceritakan pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi seperti ini.

Ada juga yang memberi nasihat agar tidak mengambil sebarang khazah laut kerana telah banyak berlakunya insiden yang tidak diingini.

Kutip dekat pantai balik meracau

Mak ayah pesan pergi mana-mana pun jangan bawak balik benda dari tempat tu

Barang khazanah Tioman tolong jangan ambil