Pelik! Lelaki ini masukkan kabel USB dalam ‘anu’, doktor terpaksa bedah

Pelik! Lelaki ini masukkan kabel USB dalam ‘anu’, doktor terpaksa bedah

Sebut sahaja tentang bangsa Eropah, ada sahaja benda-benda pelik mereka cuba buktikan.

Terbaharu, Jabatan Urologi, University College Hospital London melaporkan kes pembedahan melibatkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Remaja yang berniat mengukur saiz kemaluannya terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan kabel USB di dalam kemaluannya.

Utusan melaporkan, Kabel itu tersangkut di bahagian kemaluannya sekali gus menggagalkan ‘eksperimen’ yang dijalankan.

Remaja itu berusaha mengeluarkan sendiri wayar tersebut, namun, menyebabkan dia membuang air kecil yang dipenuhi darah sehingga menyebabkan keluarganya terpaksa membawanya ke unit kecemasan hospital.

Pihak hospital turut berdepan kesukaran mengeluarkan kabel tersebut walaupun menggunakan peralatan khas disebabkan kedudukan kabel yang berselirat.

Remaja itu terpaksa dihantar ke University College Hospital London bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa meminta menjalani pemeriksaan tanpa kehadiran ibunya dan mengaku melakukan perkara itu untuk mengukur saiz kemaluan demi keinginan seksual.

Pakar Andrologi dari klinik swasta International Andrology London, Dr. Amr Raheem berkata, kes tersebut menyebabkan masalah paling serius dan memerlukan pembedahan segera bagi mengeluarkan objek tersebut.

Jelasnya, walaupun pembedahan itu berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi, dia mempunyai masalah ketika membuang air kecil akibat mengalami jangkitan pada saluran kencing.