Pembangkang cipta media sosial palsu untuk memfitnah, Ayob Khan pun jadi mangsa
Pembangkang didakwa merekacipta akaun palsu di media sosial dengan menggunakan wajah-wajah yang menarik bagi menarik perhatian untuk membuat fitnah.
Terkini, wajah seorang wanita digunakan untuk satu akaun palsu di Facebook bernama ‘Syafira Yahya’ untuk membuat dan menyebarkan berita fitnah padahal itu bukan nama sebenar dan wajah yang digunakan milik pihak lain.
Terbaru, akaun bernama Syafira ini menyebarkan berita yang dikatakan bersumberkan ‘Mymediamalaysian.blogspot.com’ tentang Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Ayub Khan.
Menurut harapandaily, namun apabila disemak, kandungan berita yang dikatakan bersumberkan Datuk Ayub itu tidak ada pun dan blog itu juga tidak ada melaporkan berita itu.
Seorang aktivis media sosial Zack Rockstar melalui Twitter beliau memaklumkan, menjadi modus operandi pembangkang sekarang menyebarkan propaganda songsang dengan mencipta akaun palsu.
“Menggunakan nama dan gambar perempuan yang menarik untuk sebarkan fitnah,” kata Zack dalam twitter beliau.
Ia dijawab oleh seorang lagi aktivis media sosial, Khairun S. kepada Zack dengan berkata, “Gambar tu gambar orang lain. Gambar tu gambar kakak kepada kawan si @Faraheylladamia. Kesian member gambar walaun pakai.”
Dalam sebaran palsu yang dibuat, mereka membuat fitnah kononnya Datuk Ayob Khan berkata, “Sebab DAP kita henti siatan.”
‘Syafira” juga menyebarkan berita dengan menggunakan gambar Tengku Mahkota Johor (TMJ) dengan menggunakan tajuk “TMJ: Pembesar suara di masjid dan surau tidak perlu diperlahankan!!”.
Ia disebarkan dipercayai untuk membentuk pemikiran masyarakat ekoran pergeseran yang berlaku mengenainya di sebuah surau dan JMB perumahan surau berkenaan di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, orang ramai diberikan ingatan agar jangan mudah terpengaruh dengan sebaran maklumat yang dibuat menjelang pilihan raya enam negara tidak lama lagi.