Pembantu rumah dipenjara 17 bulan rakam video bogel lelaki tua

Pembantu rumah dipenjara 17 bulan rakam video bogel lelaki tua

Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 17 bulan oleh Mahkamah Singapura kerana merakam video bogel lelaki warga emas yang dijaganya dan memuat naik di TikTok.

Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas wanita berusia 33 tahun itu pada Khamis lalu selepas dia mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan.

Wanita itu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga warga emas berusia 74 tahun, menghadapi tuduhan sengaja merakam video tanpa pengetahuan mangsa, mengedar rakaman itu dan merakam kemaluan mangsa.

Sembilan lagi pertuduhan dalam pertimbangan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pembantu rumah itu bekerja dengan keluarga mangsa sejak 1 Februari 2020 dan ditugaskan menjaga mangsa, membantunya dalam semua keperluan harian termasuk mandi dan memberus gigi.

Mangsa disahkan menghidap pelbagai bengkak di kepala dan masalah berkaitan otak sementara pemeriksaan Pusat Mata Nasional mendedahkan warga emas itu mempunyai penglihatan yang sangat lemah di kedua-dua matanya.

Anak lelaki mangsa membuat laporan mengenai kes itu pada Januari 2021, mendakwa tertuduh memuat naik video dia memandikan mangsa di TikTok.