Pemimpin DAP Kedah kata PH-BN akan tewas di Kedah, tapi…

Pemimpin DAP Kedah kata PH-BN akan tewas di Kedah, tapi…

 

SEIKHLASNYA.. INI PANDANGAN AKU..

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah mungkin akan dibubarkan pada 28 Jun 2023 ini untuk memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum Negeri (PRUN) ke 15 diadakan. Jangkaannya pengundian akan berlaku seawal 5 Ogos 2023 atau selewat-lewatnya 12 Ogos 2023 serentak dengan lima (5) lagi negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

Seikhlas hati bagi aku secara peribadi, di Kedah, PAS/PN akan terus mentadbir selepas PRUN nanti walau pun hakikat tersebut amat perit untuk aku telan.

Sinopsis Kerusi

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN. Pada PRU14, PH yang ketika itu dianggotai oleh KeADILan, Amanah, DAP dan Bersatu peroleh 18 kerusi manakala PAS mendapat 15 kerusi dan BN memenangi 3 kerusi.

Bagi komponen PH pula, KeADILan memenangi 7 kerusi manakala Amanah 4 kerusi, Bersatu 5 dan DAP 2. BN yang memenangi 3 kerusi kemudiannya menjadi 2 kerana seorang Adun mereka di Guar Chempedak keluar parti menyertai Bersatu yang menjadikan PH mendapat 19 kerusi dan mengetuai kerajaan dengan Mukhriz Mahathir sebagai MB.

Mei 2020 menyaksikan insiden lompatan daripada Bersatu dan beberapa Adun KeADILan yang menyebabkan PH tumbang dan PAS menjadi peneraju. Seluruh Adun Bersatu kecuali Mukhriz (Jitra) dan Amiruddin (Anak Bukit) keluar PH dan menyokong PAS. Begitu juga Adun Lunas dan Adun Sidam dari KeADILan. Akhirnya Sanusi Adun Jeneri menjadi MB sehingga sekarang.

PAS sekarang mempunyai 15 Kerusi yang dimenangi dalam PRU14 yang lalu iaitu :
* Ayer Hitam,
* Pedu,
* Kuala Nerang,
* Bukit Lada,
* Bukit Pinang,
* Sungai Limau,
* Tokai,
* Jeneri,
* Belantek,
* Bayu,
* Kupang,
* Kuala Ketil,
* Tanjong Dawai,
* Pantai Merdeka; dan
* Merbau Pulas.

Sekarang PH yang diwakili KeADILan, Amanah dan DAP hanya tinggal 11 kerusi di mana KeADILan mempunyai 5 Dun iaitu :
* Suka Menanti,
* Gurun,
* Bukit Selambau,
* Bakar Arang;
* dan Kulim

Amanah mempunyai 4 Dun iaitu :
* Kota Seputeh,
* Kubang Rotan,
* Pengkalan Kundor; dan
* Alor Mengkudu

DAP hanya 2 kerusi iaitu :
* Kota Darul Aman; dan
* Derga

BN/Umno yang sebelumnya ada 3 kerusi sekarang hanya tinggal 2 iaitu :
* Sungai Tiang; dan
* Bandar Baharu.

Bersatu sekarang mempunyai 6 kerusi iaitu :
* Ayer Hangat;
* Kuah,
* Bukit Kayu Hitam,
* Guar Chempedak;
* Sidam; dan
* Lunas.

Pejuang 2 kerusi iaitu :
* Jitra; dan
* Anak Bukit

Untuk mengambil alih pentadbiran Kedah, PH/BN perlu dapat 19 kerusi. Sekarang PH/BN hanya ada 13 yang memerlukan 6 lagi kerusi. Ini pun jika 13 kerusi sedia ada boleh dipertahan.

PASCA PRU15

PRU15 November 2022 lalu amat mengejutkan semua pihak termasuk PAS sendiri. Daripada 15 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, PAS/PN mendapat 14 kerusi meninggalkan PH hanya 1 kerusi yang dimenangi oleh KeADILan di Sungai Petani.

PAS sendiri memenangi kerusi Parlimen Jerlun, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah, Jerai, Sik, Baling dan Padang Terap manakala Bersatu memenangi Langkawi, Kubang Pasu, Merbuk, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu.

Kenapa aku kata mengejutkan PAS? Kerana PAS atau lebih tepatnya sekumpulan dalam PAS Kedah sengaja meletakkan Mad Ya di Pokok Sena dan Dr. Ahmad Fakhruddin di Kuala Kedah bukan untuk menang tetapi untuk bunuh mereka di sana tetapi dua-duanya menang.

Begitu juga Dr. Ku Rahman di Kubang Pasu, Mohd Nazri di Merbok dan Dato’ Suhaimi di Langkawi yang ketiga-tiganya tidak diletakkan untuk menang tetapi menang bergaya.

Nazri contohnya bertanding atas tiket PH/Bersatu melawan Sanusi di Dun Jeneri pada PRU14 dan kalah tetapi boleh menang di Merbok atas tiket PN/Bersatu.

Data keputusan PRU15 mengikut Dun, PH hanya berjaya mengekalkan 4 kerusi iaitu Kota Darul Aman, Derga, Bakar Arang dan Sidam.

Mampukah PH mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam PRU14? Sekarang BN bersama PH justeru undi yang hilang dalam PRU15 (Parlimen) boleh dikembalikan dan kerusi dipertahan.