Pemulihan ekonomi: Ini sebab kenapa Anwar perlu terajui negara

Pemulihan ekonomi: Ini sebab kenapa Anwar perlu terajui negara

1. DSAI adalah mantan Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998, berpengalaman luas dan mahir hal ehwal ekonomi negara.

2. Hasil pemulihan ekonomi yang dilakukan semasa beliau jadi Menteri Kewangan, sehingga negara kita mampu bentang surplus budget, iaitu belanjawan pendapatan melebihi perbelanjaan.

3. Apabila kedudukan ekonomi negara stabil, beliau menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan bantuan kewangan kerana negara kita sudah mampu berdikari.

4. Beliau juga adalah Menteri Kewangan pertama yang membayar hutang luar negara sebanyak RM 10 bilion setahun, setelah ekonomi negara kembali pulih dan stabil.

5. Diiktiraf oleh Euro Money Magazine pada 1993 sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Dunia.

6. Pada 1996, sekali lagi beliau diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia oleh Asia Money Magazine.

7. Beliau juga jadi Menteri Kewangan Malaysia yang pertama diiktiraf sebagai ‘ The Asian of the Year’ oleh Asia Weeks Magazine.

8. Beliau juga adalah Menteri Kewangan pertama dari Malaysia yang dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pembangunan di Bank Dunia pada 1995.

9. Era beliau sebagai Menteri Kewangan menyaksikan kebangkitan ekonomi Malaysia sehingga dikenali sebagai The Asean Tiger di kalangan negara Asean.

10. Pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada kadar 7 – 9 % selama 8 tahun berturut-turut ketika beliau jadi Menteri Kewangan.

11. Beliau juga berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan pertama untuk Pertumbuhan Ekonomi, Prestasi Persaingan Ekonomi dan Foreign Direct Investment di seluruh Asean.

12. Berikutan prestasi cemerlang beliau sepanjang menguruskan ekonomi negara ketika jadi Menteri Kewangan, Bank Dunia mengiktiraf beliau sebagai Pakar Perunding Kewangan pada 2008.

13. Bank Kesatuan Eropah turut mengiktiraf pencapaian beliau sehingga diakui sebagai Pakar Ekonomi & Kewangan pada 2014.

14. Ternyata, beliau adalah pilihan paling tepat untuk memulih dan menstabilkan kembali ekonomi negara kita, setelah mengalami kejatuhan buruk akibat pandemik Covid 19 dan kelemahan tadbir urus Muhyiddin mahupun Ismail Sabri sebelum ini.