Pengantin lelaki bongkar video seks isteri dengan ipar di majlis perkahwinan, semua terkejut!

Pengantin lelaki bongkar video seks isteri dengan ipar di majlis perkahwinan, semua terkejut!

Sebuah majlis perkahwinan di China menjadi tular apabila ia menjadi gelanggang pembongkaran kisah curang pengantin perempuan dengan suami adik kandung wanita berkenaan, lapor laman Asia One semalam.

Berdasarkan rakaman berjudul ‘Pengantin Yang Curang’, pengantin lelaki dilihat memasang klip video yang dipancarkan daripada projektor pada skrin di dewan perkahwinan.

Rakaman itu menunjukkan gambar pengantin perempuan bersama adik iparnya sendiri di ranjang.

“Anda fikir saya tidak akan tahu tentang perkara ini?” teriak pengantin lelaki sebelum melemparkan jambangan bunga ke arah isterinya.

Meskipun kejadian itu berlaku pada 2019, namun ia kembali tular di laman TikTok hingga mendapat enam juta tontonan.

Menurut sumber yang rapat dengan mereka, pengantin perempuan itu menagih kasih adik iparnya kerana sering dipukul dan didera oleh kekasih iaitu pengantin lelaki berkenaan.

@koolprince33

Cheating bride #chinese #chinestiktok #usa #worldtiktok #vira

♬ original sound – Kool Prince