Penting! Antara list makanan tidak boleh dicampur
Sudah menjadi rutin kita akan mencampurkan pelbagai jenis makanan dalam satu pinggan. Sebenarnya perbuatan itu membahayakan kesihatan kerana ada beberapa makanan tidak boleh dicampur sekali.
Di bawah ini kami kongsikan 10 jenis makanan yang tidak digalakkan untuk dicampur. Jangan amalkan ya, bahaya!
SENARAI MAKANAN TIDAK BOLEH DICAMPUR, BAHAYA!
1. MAKANAN TIDAK BOLEH DICAMPUR – TOMATO & PASTA
Biasanya, kalau buat pasta pasti kita akan mencampur tomato dalam sos yang dimasak. Sebenarnya, campuran itu tidak elok untuk sistem pencernaan dan boleh menyebabkan makanan sangat sukar untuk dihadam.
2. KACANG & KEJU
Campuran kacang dan keju biasa kita nampak dalam menu Mexico. Walau bagaimanapun, keju yang dicampur dengan kacang boleh mengeluarkan gas dan menyebabkan perut kembung.
3. CEREAL & JUS OREN
Asid dalam jus oren memusnahkan enzim yang membantu mencerna kanji di dalam bijirin. Selain itu, buah-buahan atau jus berasid boleh menyebabkan susu menjadi kental dan berlendir.
4. MAKANAN TIDAK BOLEH DICAMPUR – PISANG & SUSU
Gabungan pisang dan susu memang biasa orang buat tapi sebenarnya kedua-dua makanan ini tidak sesuai digabungkan kerana boleh mengganggu kesihatan usus dan alergik. Hati-hati bila makan!
5. TOMATO & TIMUN
Mungkin ramai yang tidak percaya sekiranya anda mencampurkan tomato dan timun, ia boleh membuatkan saluran pencernaan tersekat. Ini kerana timun menyerap vitamin C yang ada di dalam tomato.
6. YOGURT & BUAH
Yogurt mengandungi bakteria yang akan bertindak ke atas gula dalam buah-buahan. Ini akan mengakibatkan toksin, selesema dan alergik.
Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, anda perlu menggunakan yogurt tanpa perisa dan campurkan madu, kayu manis atau kismis. Jangan gunakan buah-buahan segar.
7. KEJU & DAGING
Daging mengandungi protein yang tinggi. Jadi, sekiranya makan bersama produk tenusu ini akan menyebabkan sukar untuk dihadam dan mengganggu sistem pencernaan.
8. MAKANAN TIDAK BOLEH DICAMPUR – DAGING & TELUR
Kedua-dua makanan ini mengandungi protein yang tinggi. Sekiranya dicampur, ia sangat bahaya untuk kesihatan.
9. TEH & SUSU
Gabungan teh dan susu memang menjadi kegemaran. Tapi tahukah anda bahawa, kandungan protein dalam susu yang disebut kasein akan menghalang proses pencernaan.
10. DAGING KAMBING & UDANG
Jangan sesekali gabungkan kambing dan udang kerana tidak bagus untuk penghadaman dan akan menyebabkan sakit perut. Bahaya!
Pastikan selepas ini anda elakkan untuk mengabungkan semua jenis senarai di atas ya.
Semoga bermanfaat!