Penting! Elakkan tinggal 8 benda ni dalam kereta anda ketika cuaca panas

Penting! Elakkan tinggal 8 benda ni dalam kereta anda ketika cuaca panas

Ramai antara kita berkecenderungan meninggalkan barang dalam kereta atas sebab-sebab yang remeh. Mungkin malas untuk di bawa bersama kerana poket dah penuh atau tidak membawa beg bersama anda. Mungkin juga dengan rekaan dalaman kereta moden masa kini yang banyak menyediakan ruang storan untuk menyimpan barang-barang anda menyumbang kepada faktor kenapa ramai memilih untuk meninggalkan sahaja barang dalam kereta.

Tapi, tak semua jenis barang boleh ditinggalkan begitu sahaja di dalam kereta, lebih-lebih lagi jika kereta tersebut diletakkan di ruang terbuka di bawah pancaran matahari terik kerana ianya boleh mengundang bahaya. Berikut SuaraAuto senaraikan jenis barang yang jangan ditinggalkan dalam kereta anda!!!

  • Makanan dan Minuman

Jika anda meninggalkan makanan dan minuman sama ada dalam pek atau disimpan dalam bekas di dalam kenderaan adalah berbahaya untuk kesihatan kerana terdedah kepada bahang matahari. Ini kerana suhu dalam kereta boleh mencecah 70°C atau lebih hingga menyebabkan kandungan dalam makanan atau minuman terurai, sekali gus menghasilkan bahan kimia cemar. Sebagai contoh, ramai antara yang selalu meninggalkan air mineral yang tidak habis diminum di ruangan tempat meletak minumam dalam kereta.

  • Ubat-ubatan

Kebanyakkan ubat-batan didatangkan dengan label pada arahan untuk menyimpan menyimpan ubatan tersebut pada suhu bilik. Jadi memang sah tidak elok apa saja ubat-ubatan disimpan dalam kereta tidak kira dalam jangka masa sekejap atau lama. Ubat akan cepat rosak jika terdedah suhu tinggi. Mengambil ubat-ubatan rosak semestinya boleh menjejaskan kesihatan.

  • Alatan elektronik

Peranti dikuasakan bateri litium-ion sangat berbahaya jika terdedah kepada suhu panas terlalu, apatah lagi secara terbuka boleh menyebabkan letupan. Pernah ada kes sebuah Saga terbakar akibat pemiliknya meninggalkan pengecas powerbank.

Jadi hati-hati dengan peranti elektronik mudah meletup seperti telefon bimbit, komputer riba, dan rokok elektronik. Juga jangan dilupakan peranti lain seperti pembaca kad tol Smart-Tag. Sila simpan dalam kotak khas yang diletakkan dalam laci khas, jangan biarkan terdedah.

  • Tin aerosol

Tin aerosol seperti penyembur dandanan rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur dan ubat asma ialah bahan mudah terbakar. Jadi, janganlah ditinggalkan dalam kereta kerana boleh membuatkan kandungan kimia dalam tin mengembang dan bertindak balas menghasilkan letupan.

  • Pemetik api

Yang ini paling popular dikalangan golongan perokok, biasanya mereka ada lebih satu pemetik api, dan satu disimpan dalam kereta. Ramai mungkin lupa yang pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas! Jadi cuba elakkan perkara ini.

  • Petrol

Bukan petrol dalam tangki minyak kereta, tapi petrol yang disimpan sebagai minyak rizab ketika kecemasan, biasanya disimpan dalam but. Ini perbuatan yang sangat berbahaya kerana petrol ialah jenis bahan mudah terbakar. Mungkin ada berpendapat petrol bukannya mudah terbakar akibat bahang, dan memerlukan percikan api untuk menyala.

Namun, kereta kita boleh terbabit kemalangan dan amat berisiko jika berlaku percikan api sentiasa ada di mana-mana tanpa kita jangka.

  • Cecair pembasmi kuman

Bahan tersebut berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.

Cecair pembasmi kuman kini semakin popular dalam kalangan masyarakat dan laris di pasaran susulan penularan wabak coronavirus atau COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia.

  • Anak-anak

Ini PALING PENTING, anak bukanlah penyebab kereta meletup, tetapi jika tertinggal, kita pula yang akan menangis penuh penyesalan. Sudah banyak kali kita terdengar insiden ibu bapa tertinggal anak dalam kereta di Malaysia, memetik laporan Suara Merdeka.

Ini biasa berlaku kepada ibu atau bapa yang terpaksa mengambil alih tugas pasangan untuk menghantar anak mereka ke taska. Mungkin selepas Perintah Kawalan Pergerakkan dilonggarkan kita akan mula sibuk dengan pelbagai perkara. Disebabkan tugas itu bukan rutin harian, ramai kerap terlupa. Terus saja memandu ke tempat kerja, masuk parkir dan terus keluar ke pejabat.

Untuk keselamatan, sila periksa ruang dalam kereta sebelum anda keluar untuk meneruskan aktiviti anda supaya tidak berlaku perkara yang tidak anda ingini. Sesal kemudian, tiada berguna.