Penting! Ini tips elak kena tipu ketika beli motosikal terpakai
Semakin hari, bilangan kenderaan di Malaysia didapati semakin bertambah hinggakan bilangannya kini dikatakan telah melebihi bilangan populasi penduduk.
Perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia pula masih banyak yang perlu diperbaiki menyebabkan orang ramai lebih selesa untuk memiliki dan menggunakan kenderaan sendiri.
Digunakan juga sebagai mata pencarian dan sumber rezeki, ramai yang kurang berkemampuan memilih untuk membeli kereta atau motosikal terpakai sahaja.
Perlu diingatkan, tidak semua penjual kenderaan terpakai itu jujur. Orang ramai sentiasa perlu berwaspada bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan.
Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Hafis Aliaziz, berikut merupakan petua atau tip yang boleh digunakan oleh orang ramai agar tidak diambil kesempatan dan ditipu oleh penjual motosikal terpakai.
Yang penting, periksa dulu betul-betul sebelum beli dan jangan menyesal di kemudian hari, okey?
Hai. Hari ni saya nak share satu benda. Pasal beli motosikal second-hand. Dah banyak juga la kes saya jumpa sepanjang saya buat servis tukar nama bergerak dan PUSPAKOM ni.
Kebanyakan yang terkena ni adalah orang-orang yang tak tahu sangat pasal motor. Asal cantik di mata, berkenan di hati, terus beli. Kena pula harga tu dah kena dengan bajet.
Saya nak share dua kes yang jadi kat customer saya supaya jadi pedoman kita semua.
Kes pertama motor Honda EX5. Customer beli motor second-hand kat kedai motor second-hand. Yang uruskan tu broker sebab dia bizi tak sempat nak pergi ambik motor. Lepas buat bayaran semua, motor pun sampai la kat rumah. Urusan tukar nama belum buat lagi. Sebab nak uruskan dengan kedai motor tu, jadi esoknya baru dia plan nak pergi tukar nama.
Rezeki dia, malam tu, dia pergi servis motor yang dia baru beli tu di kedai member dia. Tukar apa yang patut. Time servis motor tu, pomen perasan yang nombor enjin dan nombor chasis nampak lain. Cek punya cek, rupanya bekas ketuk. Bukan original motor.
Kalut habis la member ni. Nasib baik belum tukar nama lagi. Deal balik dengan kedai motor tu nasib baik boleh refund.
Kes kedua motor Yamaha One Two Five. Customer yang lain. Dia beli motorsikal second-hand juga. Tapi yang ni direct owner. Takda broker apa semua. Memang direct owner.
Masa pergi tengok motor tu, customer dah puas hati dah. Cover set baru semua. Cuma road tax je mati lama. Lebih 3 tahun. Takpa la yang tu. Boleh uruskan kemudian.
Lepas bayar dan tukar nama semua. Dia pun bawak balik motor. Lepas tu, dia pun pergi la JPJ buat inspection motor untuk buat road tax. Ingat ye, kalau motor mati road tax lebih 3 tahun, kena buat inspection dulu baru boleh renew road tax. Tak boleh renew macam biasa.
Alkisahnya, masa pergi JPJ untuk inspection tu. JPJ cakap nak sita motor dia sebab nombor chasis dan nombor enjin ada kesan ketuk. Bukan original motor.
Menggelabah habis la member ni. Motor dah la beli harga Yahudi. Lepas tu tiba-tiba jadi macam ni. Mana tak gelabahnya.
Lepas pujuk rayu dengan pegawai JPJ apa semua. Motor dapat bawa balik rumah. Tapi geran motor dibatalkan oleh JPJ. Jadi motor tu macam pendatang haram. Takda dokumen. Nak buat apa pun tak boleh dah. Contact owner lama motor tu pun dah tak dapat dah. Termenung member.
Jadi kalau ada berniat nak beli motor second-hand ni, cek elok-elok dulu masa pergi tengok tu. Bukan setakat cek bodi dan enjin je. Jangan asal cantik sedap bawak terus beli. Cek nombor enjin dan nombor chasis sekali. Kalau tak reti nak tengok, ajak pomen pergi tengok. Lepas tu bagi la duit upah kat dia. Jangan ajak saja. Haha.
Biar confirm barang sah dan halal sebelum beli. Kalau barang rosak boleh repair lagi. Tapi kalau barang tak sah taraf ni susah. Sakit kepala nanti. Duit dah habis beribu tapi barang tak boleh guna. Sakit kepala mat.
Gambar di bawah sekadar contoh.
Harap bermanfaat.