Penyanyi jelita Zizi Kirana kini milik orang, selamat akad nikah
Sejak semalam dunia hiburan heboh mengatakan bahawa Zizi Kirana akan diijab kabulkan hari ini dengan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon iaitu Yusuf Bahrin.
Dalam muatnaik terbaru di Instagram Zizi, beliau memuatnaik gambarnya dan Yusuf berukuran passport dan mungkin boleh menjawab segala persoalan sejak semalam.
Dalam story Zizi Kirana juga terdapat video beliau sedang bersiap dengan busana pengantin. Akhirnya pasangan ini selamat diijabkabulkan sebentar tadi, lapor Siakapkeli.
Zizi Kirana yang berusia 36 tahun memilih jejaka tampan berusia 29 tahun, Yusuf Bahrin sebagai suaminya. Ramai memberikan ucapan tahniah dan berkata mereka dua secocok ibarat pinang dibelah dua.
Selamat pengantin baharu Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin. Semoga berkekalan hingga ke syurga.