Perempuan pelik bibir tebal sedang cari jodoh, ada yang berminat?

Perempuan pelik bibir tebal sedang cari jodoh, ada yang berminat?

 

Dikenali sebagai pemilik bibir paling tebal di dunia, seorang wanita mengaku sukar untuk mencari lelaki yang sanggup menerima dirinya seadanya.

Walaupun mendapat perhatian ramai lelaki, selebriti media sosial, Andrea Ivanova bagaimanapun masih belum menemui cinta sejati.

Menurut gadis yang berusia 25 tahun itu, misinya dalam mencari jodoh sering terbantut kerana bentuk bibir yang dimilikinya.

Hal ini kerana, Andrea memiliki saiz bibir yang luar biasa besar setelah melakukan prosedur menebalkan anggota badan itu melalui suntikan.

Dahagakan kasih sayang, wanita yang berasal dari Sofia, Bulgaria itu menyifatkan perasaan cinta sebagai perkara terindah yang wujud di dunia.

Oleh yang demikian, Andrea kini nekad mahu memburu jejaka yang ikhlas mencintai dirinya tanpa melihat rupa paras, lapor Daily Star.

“Ketika saya menjalani hubungan, lelaki akan merasa tidak selesa untuk berjalan berdampingan dengan saya, jadi saya memilih untuk berpisah.

“Saya akan merasa kecewa dan tersinggung, kemudian saya kena pula cari pasangan baru yang tidak kisah akan penampilan saya.

“Jadi kali ini, saya mahu mabuk cinta dan jatuh hati kepada orang yang tepat kerana menurut saya, cinta merupakan perkara terindah dalam hidup,” katanya.

Menghabiskan wang puluhan ribu ringgit, gadis itu telah menerima kira-kira 34 suntikan untuk kelihatan seperti anak patung Bratz.