Pergi balik! Wartawan Isr@el kena ‘halau’ di Qatar

Pergi balik! Wartawan Isr@el kena ‘halau’ di Qatar

Agensi berita Reuters melaporkan, beberapa percubaan wartawan dan warga media Israel untuk menemu bual peminat bola sepak dari Arab di Doha ketika ini ‘tidak dilayan’.

Peminat bola sepak dilaporkan hanya menjauhkan diri dan menunjukkan sikap ‘dingin’ dalam beberapa situasi ketika cuba ditemu bual oleh wartawan Israel.

Percubaan temu bual oleh wartawan dari KAN dan Channel 12 TV bersama peminat bola sepak Arab kebanyakannya langsung tidak dilayan.

Terdapat satu rakaman yang tular menunjukkan 2 peminat dari Arab Saudi, seorang dari Qatar dan 3 lagi dari Lubnan hanya melarikan diri dari wartawan Israel.

Wartawan Channel 13 pula memberitahu, seorang peminat Palestin sempat mengadakan protes spontan di sebelahnya sambil mengibarkan bendera dan melaungkan “pergi balik!”.

Setakat ini, masih belum ada apa-apa laporan mengenai layanan buruk yang diterima oleh kira-kira 10,000 hingga 20,000 peminat bola sepak Israel.

Yang ada hanyalah beberapa insiden yang melibatkan wartawan dan media Israel.

Qatar tidak mengiktiraf Israel secara rasmi, sebaliknya menyokong kedaulatan Palestin.

Namun, penerbangan terus dari Tel Aviv dibenarkan untuk peminat bola sepak menyaksikan Piala Dunia serta delegasi diplomat Israel mengendalikan isu logistik.