Perodua lancar Alza baharu, cantik sangat!

Perodua lancar Alza baharu, cantik sangat!

Setelah sekian lama menunggu penggantinya, akhirnya MPV generasi baharu yang dinanti-nantikan ramai, Perodua Alza 2022 kini sedia ditempah bermula hari ini.

Perodua Alza 2022 mempunyai enjin 1.5-liter empat-silinder NA Dual VVT-i berserta kotak gear automatik D-CVT. Difahamkan MPV ini menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga dengan kadar penggunaan bahan api serendah 22.0 km per liter.

Daripada segi teknologi pula, MPV baharu ini dilengkapi dengan brek parkir elektronik (EPB) dan sistem kamera parkir keliling 360 darjah, yang pertama kali hadir pada model kereta Perodua.

Antara teknologi lain yang turut disertakan pada MPV ini, Advanced Safety Assist (ASA), Automatic Emergency Brake (AEB), Lane Departure Warning (LDW) dan Lane Departure Prevention (LDP).

Perodua Alza 2022 akan ditawarkan dalam tiga varian, bermula RM62,000 untuk 1.5L X, RM68,000 (1.5L H) dan RM75,000 (1.5L AV). Harga yang dikongsikan itu tidak termasuk kos insurans dan cukai jalan.

Pelbagai pilihan warna ditawarkan pada MPV baharu ini; Ivory White (warna solid), bersama Glittering Silver dan warna baru Elegant Black ditawarkan untuk ketiga-tiga varian, manakala warna Garnet Red dan Vintage Brown hanya untuk varian H dan AV.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad menyatakan model MPV baharu itu disasarkan untuk memenuhi permintaan pelanggan, jadi ia mengambil masa alam mereka bentuk model baharu ini.

“Perubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,” kata beliau.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan model MPV Perodua Alza 2022, inilah peluang yang anda perlu rebut sebelum 1 Julai ini dan didaftarkan sebelum 31 Mac 2023 supaya anda tidak terlepas ‘diskaun’ pengecualian cukai jualan kenderaan.

Anda boleh daftar minat bermula hari ini melalui pautan rasmi di sini.

SUMBER GAMBAR: YOUTUBE PERODUA

SUMBER GAMBAR: YOUTUBE PERODUA

SUMBER GAMBAR: YOUTUBE PERODUA

SUMBER GAMBAR: PERODUA