PM umum gaji minima RM1500 di Perhimpunan Agung Umno

PM umum gaji minima RM1500 di Perhimpunan Agung Umno

Kerajaan akhirnya bersetuju melaksanakan kadar gaji minimum baharu RM1,500 bermula 1 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu memberikan ucapan penggulunganya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sebentar tadi.

“Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh para perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.

Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,“ kata beliau sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang hadir.

Hanya untuk syarikat swasta dengan 5 pekerja ke atas sahaja

Jelas beliau, kajian impak telah dilaksanakan secara mendalam termasuk kesannya kepada pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Oleh itu pelaksanaan gaji minimum ini hanya melibatkan majikan sektor swasta yang mempunyai lima orang pekerja ke atas, lapor Awani.

Perkara sama turut dikongsikan Perdana Menteri menerusi satu hantaran di akaun media sosial miliknya.

“Selain itu, Insya-Allah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi memanfaatkan lebih ramai iaitu hampir 9 juta penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM8.2 bilion pada hujung bulan ini,” jelasnya lagi.