Portal pro Azmin ibarat pondan siam, padam posting tuduhan kepada Khalid Samad

Portal pro Azmin ibarat pondan siam, padam posting tuduhan kepada Khalid Samad

KENYATAAN MEDIA: LAPORAN LULUSKAN PROJEK

Sebuah portal berita melaporkan bahawa saya telah menandatangani satu surat untuk menyokong/membenarkan satu projek dijalankan ketika saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dahulu.

Sebuah media lain pula turut membuat laporan yang sama, tetapi telah kemudiannya menarik balik laporan itu.

Oleh kerana saya tidak tahu projek mana yang dimaksudkan oleh media pro bekas Menteri Ekonomi PH ini, yang kemudian melompat macam katak untuk menjadi Menteri kanan PN, saya tidak boleh memberikan apa-apa penjelasan.

Jika diberikan butiran secara terperinci tentang surat itu, saya boleh memberikan respons ke atas dakwaan itu dan memberikan penjelasan mengenainya. Saya memohon mereka mendedahkan secara terperinci tentang surat itu supaya dapat saya respons.

Seingat saya, tidak ada sebarang projek atau kontrak yang saya sokong atau luluskan sebagaimana yang dibayangkan.

Namun, perlu saya ingatkan, semoga tragedi yang berlaku kepada Menteri Besar Kedah yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz membuat onar tiba-tiba MB sebelumnya pula yang terkena tidak berulang dalam kes ini.

KHALID ABD SAMAD
MP Shah Alam
Pada 26 September 2021