Rafizi label Najib Razak penakut!

Rafizi label Najib Razak penakut!

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengajak ahli parti itu membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara besar-besaran Selasa ini kerana memainkan isu perkauman.

Najib menjadi sasaran pertama Rafizi sebaik memegang jawatan Timbalan Presiden PKR dan dilihat begitu bersemengat untuk menyerang Najib.

Berucap pada Kongres Nasional ke-16 PKR di Shah Alam hari ini, Rafizi meminta ahli PKR membuat laporan polis terhadap setiap penipuan Najib.

“Kita kena sanggah Umno, tak boleh biarkan dia bermaharajalela, tak boleh biarkan Najib syok racun rakyat.

“Mulai hari ini semua kita bila balik, kita terus sanggah Najib sehingga kita hantar dia ke penjara.

“Hari Selasa nanti kita buat laporan polis secara besar-besaran, tak boleh biarkan dia main isu perkauman.

“Sepas ini kalau Najib berbohong kita buat laporan polis demi laporan polis…sebab saya tahu Najib penakut,” katanya ketika menyampaikan ucapan sulung sebagai Timbalan Presiden PKR.

Katanya, Najib semakin “menggila” dan Umno semakin berleluasa, ia perlu ditentang