Rakyat akan tambah derita, harga rumah akan naik 20 peratus

Rakyat akan tambah derita, harga rumah akan naik 20 peratus

Rumah adalah antara aset yang sering menjadi idaman orang awam untuk memilikinya, namun impian tersebut dilihat akan semakin sukar untuk kumpulan M40 dan B40 – apabila bermula minggu lalu dijangka harga rumah di Malaysia berupaya naik sehingga 20% kelak.

Mengikut laporan Utusan, Penganalisis Ekonomi UniKL Business Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid kenaikan ini berpotensi berlaku susulan peningkatan harga bahan binaan yang sedang didepani sektor.

Malah situasi ini turut diperakui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) apabila memaparkan aliran kenaikan kos dalam bahan binaan berbanding tahun lalu dan disasar terus tinggi untuk suatu tempoh. Antara kenaikan kos yang dapat diperlihat ialah simen naik 12.2% – RM20.89/50 kilogram, diikuti bar keluli naik 20% dengan purata RM3,910 setiap tan.

Disamping kenaikan itu, penarikan insentif Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) juga dilihat akan meningkatkan lagi daya perlahan permintaan pembelian kediaman.

Maka orang awam dinasihatkan untuk bersedia akan kenaikan harga kediaman yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat dengan purata sekitar 5% hingga 20%.