Rakyat kecam pelaksanaan caj RM1 pengeluaran duit di ATM
Baru-baru ini beberapa bank tempatan ada mengumumkan yang caj transaksi sebanyak RM1 akan dikenakan semula kepada pengguna yang membuat pengeluaran wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) antara bank bermula dari 1 Februari 2022.
Mula diumumkan oleh Citibank dan KFH Malaysia sebelum disusuli oleh bank-bank lain seperti Maybank, CIMB Bank, Bank Islam Malaysia Bhd dan banyak lagi, pengumuman tersebut bagaimanapun tidak disenangi oleh orang ramai.
Menerusi Twitter, beberapa pengguna meluahkan rasa kecewa mereka dan merasakan keputusan ini hanya akan menyulitkan urusan orang ramai kerana ianya dilakukan secara drastik walhal negara ketika ini masih lagi dibelenggu pandemik.
2 tahun bank tak kenakan caj RM1 dari ATM, saya lihat bank tetap untung berlipat ganda dan CEO terima bonus sangat tinggi. Tiada bank yang bungkus ketika PKP.
Ini bermaksud caj RM1 itu sedikit pun tak jejaskan mereka. Selain tamak, tiada alasan lain yang munasabah. https://t.co/zIGeihHSat
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) December 16, 2021
Malah ramai merasakan caj RM 1 yang dikenakan juga terlalu tinggi khususnya kepada golongan B40.
The RM1 ATM charge could be equivalent to 1/15th the price of your morning latte, but for the B40s, it could cover their bus fare to go to work.
Perspectives matter. Policymakers shouldn't be so detached from reality. The spare change for the few could mean so much for the many.
— Faizal Hamssin (@faizalhamssin) December 16, 2021
“Alah..bank caj RM1 je”
Aku masih ingat saat nilai RM1 begitu besar dalam hidup. Nak keluarkan duit dalam bank mesti ada baki minimum RM10, kau nak keluarkan duit RM50 sekali tulis baki tak mencukupi sbb nak tolak caj. Bank pula hanya boleh buat pengeluaran dlm gandaan RM50.
— Marina Ibrahim (@Marina_Ibrahims) December 16, 2021
Lebih mencuri perhatian orang ramai apabila tindakan bank-bank itu dilihat lebih mendahului kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) yang setakat ini belum membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan kembali caj pengeluaran interbank tersebut.
PPIM turut gesa kerajaan campur tangan
Menerusi laporan Kosmo, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa kerajaan agar campur tangan bagi membatalkan keputusan berkenaan.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang popular dengan panggilan Toqqi, keadaan sebegini tidak sepatutnya berlaku dan ia akan memberikan kesan kepada pengguna khususnya penduduk di luar bandar.
Justeru beliau merasakan BNM perlu memainkan peranan dan menunjukkan implikasi terhadap caj yang dikenakan bagi memberi penjelasan kepada pengguna.
“Caj ini pasti akan membebankan pengguna terutama penduduk luar bandar. Mereka mungkin terpaksa berjalan jauh demi mencari mesin ATM yang sama.
“Sekalipun perlu caj, mengapa mesti RM1 bukannya 20 sen. Perkara ini sepatutnya dilakukan mengikut prosedur yang betul dengan mendapatkan persetujuan daripada pengguna,”
Ketua Aktivis PPIM, Toqqi