Rakyat kena kurangkan makan telur dan ayam? Ini fakta yang boleh kita pertimbangkan

Rakyat kena kurangkan makan telur dan ayam? Ini fakta yang boleh kita pertimbangkan

Rakyat Malaysia kini rata-ratanya memuji dan tidak kurang juga yang ‘menahan diri’ setelah menyaksikan beberapa langkah yang diumumkan oleh kerajaan bagi menangani kos sara hidup yang meningkat.

Namun, isu ayam dan telur di negara kita nampaknya seolah-olah masih belum ada jalan penyelesaiannya.

Adakah selama ini kita sebenarnya terlebih makan ayam dan telur? ‘By right’, wajarkah rakyat digesa supaya mengurangkan makan ayam dan telur?

Menerusi akaun Facebooknya, Khairul Azri telah membuat hantaran berikut yang mengumpulkan data-data menarik yang boleh kita pertimbangkan untuk menjawab persoalan tersebut. Jom sama-sama kita baca dan ‘by right’ perlu renungkan.

Ayam Telur

AYAM DAN TELUR

1) Malaysia menghasilkan hampir 800 juta ekor broiler chicken (ayam pedaging) setahun sejak 2019. Jika diambil pula jumlah day old chick (anak ayam) ianya mencecah lebih 900 juta ekor.

2) Malaysia juga menghasilkan lebih dari 10 biliunnn biji telur sejak 2019 dan dijangkakan pada tahun ini kita akan menghasilkan telur mencecah 12.3 billiunnn biji telur.

3) Tahap Sara Diri Ayam/Chicken Self-Sufficiency Ratio (SSR) pada 105%, jika ditolak 50-60 juta ekor broiler yang dieksport, kita berada pada tahap 99.9% SSR.

4) Manakala bagi telur pula, SSR kita adalah pada tahap 114.4% selepas ditolak telur yang dieksport ke Hong Kong dan Singapura. Malaysia merupakan pengeksport telur ke-5 terbesar di dunia dari segi nilai dalam USD, ke-11 dari sudut jumlah keluaran.

5) Kadar pengeluaran yang dikeluarkan sehari bagi pasaran domestik ayam adalah 1.7-2 juta ekor ayam sehari, dan 30 juta biji telur sehari.

Manakala kadar penggunaan domestik bagi ayam sebulan adalah 62.9 juta ekor ayam, telur pula 968 juta biji sebulan.

6) Tertinggi Malaysia pernah menjadi negara Ketiga di dunia, pertama di Asia pada tahun 2019 bagi consumption ayam perkapita, iaitu 46.6kg.

Makna kata, secara purata seorang rakyat Malaysia makan 46.6 kg ayam setahun. Bagi tahun 2022, dianggarkan Malaysia berada di tempat ke-6 dunia, ketiga Asia dengan purata 45.5kg perkapita. Sebagai perbandingan, negara jiran Indonesia ayam perkapitanya adalah pada 7.76kg 2019, 8.21kg 2022.

7) Manakala bagi telur, Malaysia berada di tangga ke-6 dunia, ketiga di Asia dengan purata 19.5kg iaitu circa 300 biji telur ayam pada tahun 2017, jika dibandingkan 2.15kg purata perakyat pada tahun 1961.

Sebagai kesimpulan, berdasarkan data-data di atas, kita tidak ada masalah supply berpandukan SSR, dan dalam dikawal harga kedua benda ini, telur dan ayam kita banyak, siap boleh eksport.

Cuma kita rakyat Malaysia yang terlebih makan keduanya. Maka kita kena belajarlah kurangkan makan ayam dan telur.

Sebab..

By right, bila demand dah kurang, supply makin banyak, apa tu plastik? Eh, silap elastik.

Maka jadi murahlah ia ke depan nanti macam yang menteri kata tempohari. By rightlah…

🐔🍗
#donebackup
#templatepenyokong
Maybank 16475632123