Ramai gadis ‘melting’ bila tonton video lelaki ini tunggang kuda
Beberapa hari lalu, seorang pengguna TikTok memuat naik video menunjukkan dirinya sedang melakukan aktiviti menunggang kuda.
Tiada apa yang pelik dalam video tersebut, namun di ruangan komen ramai netizen khususnya wanita yang dilaporkan menggeletis melihat video tersebut.
Difahamkan, mereka sebenarnya tertarik dengan cara lelaki itu menunggang kuda.
Ada yang gagal menahan diri, tanpa rasa malu dan segan dengan selamba memuat naik komen yang tidak sepatutnya seperti, mereka sanggup ‘ditunggang’ oleh lelaki berkenaan. Sekali gus mencemarkan maruah diri secara terbuka.
“Jenis perempuan gila s#ks. Video lelaki naik kuda pun dia boleh membayangkan benda lain,” kata Amran Fans.
“Back to basic. Kalau perempuan komen macam tu takpe, gurau nakal je, takde apa. Lelaki je tak boleh komen macam tu di video perempuan. Satu family kena cop pervert. Tak cukup dengan itu, dia korek lagi video-video lama. Jem!” kata Rimaulah.
“Malu tengok komen diorang. Perempuan nampak mahal sebab sifat malu dia. Takde sifat malu, itu yang kuban-kuban je komen,” kata Am.