Ramai tak tahu gaji sebenar pekerja pembersihan di Masjidil Haram

Ramai tak tahu gaji sebenar pekerja pembersihan di Masjidil Haram

 

Bagi anda yang pernah ke tanah suci untuk menunaikan umrah atau haji, pastinya pernah nampak pasukan pencuci Masjidil Haram

Mereka yang bekerja dengan penuh gigih dan juga sungguh efficient!

Sungguh pantas mereka bergerak in sync sampai ada yang main slide je macam main ice skating pulak tu.

Siapa pernah saksikan ni?

Tapi yang pastinya, akan terdetik dalam hati kita wah, seronoknya dapat bekerja berhampiran dengan Kaabah. Setiap hari bersihkan persekitaran dan dapat solat 5 waktu di Masjidil Haram – dan solat sunat unlimited!

Betul tak?

Tapi anda tahu tak. Sedihnya, gaji mereka adalah agak rendah.

Dilaporkan beberapa warga Indonesia yang bekerja di situ, mereka menerima gaji antara… RM800-RM1200 sahaja!

Ramai tukang cuci mengatakan kepuasan dapat bekerja di dalam Masjidil Haram menganggap walaupun gaji yang rendah,

tetapi ianya adalah ibadah membersihkan tempat beribadat berjuta-juta umat Islam dari serata dunia.

Ada yang sudah bekerja di situ lebih 40 tahun yang dulu hanya pekerja biasa dan kini telah menjadi supervisor!

So apa pendapat anda dengan bayaran ini. Adakah setimpal? Adakah kita sanggup?

Apa pun ia sangat membuka perspektif kita tentang bagaimana kita perlu sentiasa beringat bahawa kerja yang kita lakukan, tak kira bayaran, adalah satu ibadah yang perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab.