Ramai tak tahu! Ini cara kita nak labur wang KWSP di ASB

Ramai tak tahu! Ini cara kita nak labur wang KWSP di ASB

KWSP yang menguruskan pelaburan ahli dalam dana unit amanah. i-Invest ialah sebuah platform atas talian di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA).

Pelbagai perkhidmatan dengan fungsi perbandingan dan maklumat berguna untuk membantu ahli membuat perlaburan yang bijak.

Menurut perkongsian portalInfo, melalui i-Invest ini juga ahli boleh menikmati proses membuat keputusan yang lebih cekap dengan akses mudah dimana saja dan ditambah dengan caj perkhidmatan yang lebih rendah atau lebih tepat lagi kerana tiada pengunaan orang tengah iaitu ejen.

Syarat Guna Duit KWSP Untuk Labur ASB

Ahli KWSP yang boleh menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :-

  1. Ahli yang berumur kurang 55 tahun dan simpanan di Akaun 1 KWSP melebihi baki simpanan asas
  2. Ahli yang berumur 55 tahun/Akaun Emas
  • Nota: Ahli yang telah mengeluarkan keseluruhan baki KWSP ketika mencecah umur 55 tahun tidak layak menggunakan kemudahan ini.
  • Namun begitu, ahli boleh melaksanakan kemudahan ini ketika mencecah umur 60 tahun (Akaun Emas).

Wang Akaun 1 KWSP Boleh Labur ASB

Jenis Transaksi Yang Dibenarkan

Anda boleh melaksanakan transaksi berikut:-

  • Pembelian
  • Penukaran tabung (switching)
  • Jualan balik – sekiranya ahli menjual pelaburan unit amanah, ASNB akan mengembalikan semua jumlah jualan balik pelaburan kepada KWSP.

Nota: Transaksi penukaran tabung (switching) & jualan balik tidak ditawarkan bagi ahli KWSP yang berumur 55 tahun/Akaun Emas.

Wang Akaun 1 KWSP Boleh Labur ASB

Jumlah Pelaburan Minimum & Maksimum Boleh Labur Dibawah i-Invest

Transaksi 

  • Pembelian
  • Penukaran (switching)
  • Jualan balik

Minimum

  • RM1,000
  • RM0.01
  • RM1.00

Maksimum

  • Berdasarkan had pelaburan dalam akaun
  • Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
  • Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda

Soalan Lazim

Sekiranya saya tiada akaun dengan mana-mana unit amanah ASNB, bolehkah saya melaksanakan i-Invest?

  • Tidak boleh. Anda perlu hadir di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB bagi mendaftar akaun unit amanah ASNB terlebih dahulu.

Saya telah melaksanakan proses pembelian unit amanah menerusi i-Invest tetapi mengapa rekod tersebut tidak dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP?

  • Transaksi pembelian hanya akan dipaparkan di akaun portal myASNB dan i-Akaun (Ahli) KWSP anda setelah ASNB menerima wang tersebut dari KWSP. Proses ini akan mengambil masa seperti berikut :-

Baki dikemaskini di portal myASNB

  • 2 hari bekerja

Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli)

  • 4 hari bekerja

Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Bagi penukaran dana unit amanah ATAU jualan balik, baki akan dikemaskini seperti berikut :-

Baki dikemaskini di portal myASNB

  • Secara terus (online)

Baki dikemaskini di i-Akaun (Ahli)

  • 2 hari bekerja

Sekiranya transaksi dilaksanakan pada hari cuti umum atau bukan hari bekerja, transaksi tersebut akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Saya telah melaksanakan pengeluaran berjumlah RM1,000 dari i-Invest, tetapi kemudiannya saya ingin mengubah jumlah pelaburan tersebut di portal myASNB. Bolehkah saya berbuat demikian?

  • Anda tidak boleh menambah jumlah pelaburan di portal myASNB. Hanya pengurangan jumlah pelaburan sahaja dibenarkan di portal myASNB. Sekiranya anda ingin menambah pelaburan kepada jumlah baharu ia perlu dilaksanakan menerusi i-Invest semula.

Berapakah jumlah pelaburan minimum dan maksimum yang saya boleh laksanakan menerusi i-Invest?

Transaksi 

  • Pembelian
  • Penukaran (switching)
  • Jualan balik

Minimum

  • RM1,000
  • RM0.01
  • RM1.00

Maksimum

  • Berdasarkan had pelaburan di KWSP
  • Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda
  • Berdasarkan baki terkini tabung unit amanah anda

Apakah caj yang dikenakan sekiranya saya melaksanakan transaksi i-Invest?

Transaksi Caj

Pembelian

  • Unit amanah harga berubah: Caj jualan 0.5%
    Penukaran (switching) hanya pertukaran daripada
  • unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5%
    Unit amanah harga berubah: Tiada

Penukaran (switching)

  • hanya pertukaran daripada unit amanah harga tetap kepada unit amanah harga berubah dikenakan caj jualan 0.5%

Jualan balik

  • Tiada caj

Kekerapan pengeluaran yang dibenarkan untuk i-Invest?

  • Tiada had kekerapan pengeluaran ditetapkan bagi ketiga-tiga jenis transaksi yang dibenarkan menerusi i-Akaun (Ahli) KWSP. Bagi transaksi pembelian, pengeluaran boleh dilaksanakan sehingga maksimum 25 tabung pada satu masa pengeluaran.

Adakah saya dibenarkan untuk membuat transaksi pembelian menerusi i-Invest melebihi satu unit amanah secara serentak?

  • Ya. Anda dibenarkan untuk membuat pembelian menerusi i-Invest melebihi satu tabung unit amanah dalam satu-satu masa. Pemilihan unit amanah perlu dilaksanakan di i-Akaun (Ahli) KWSP dan ia tidak boleh ditambah ketika anda berada di akaun portal myASNB.