Ramai tak tahu keadaan terkini stesen bas Puduraya yang menggerunkan

Ramai tak tahu keadaan terkini stesen bas Puduraya yang menggerunkan

 

Masih ingatkah lagi stesen bas Puduraya yang merupakan stesen bas utama di Kuala Lumpur dan mereka membesar sekitar 80-an dan 90-an, stesen ini pastinya menyimpan 1001 kenangan.

Sebelum adanya Terminal Bersepadu Selatan (TBS) stesen bas Pudurayalah tempat yang sesak dengan orang ramai yang mahu menaiki bas ke Utara dan Selatan.

Tapi menjelang tahun 2011, stesen bas yang uzur ini telah digantikan oleh TBS yang nyata hadir dengan keadaan yang lebih kondusif dan canggih dalam memudahkan orang ramai menaiki bas.

@fdausamad

#PudurayaDalamKenangan

♬ Memories Maroon 5 – Shehan Perera

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fdausahmad turut berkongsi keadaan terkini Puduraya yang kini dikenali sebagai Pudu Sentral di mana kawasan ini pernah menjadi lokasi tumpuan orang ramai suatu masa dahulu.

Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata turut tampil berkongsi kenangan mereka yang pernah singgah ke Puduraya suatu masa dahulu.

Terdapat netizen yang memaklumkan Puduraya menjadi saksi pertemuan cinta manakala terdapat netizen lain yang memaklumkan Puduraya merupakan stesen bas yang dituju setiap kali mahu pulang ke kampung.

Sementara itu, ramai juga netizen yang turut memaklumkan Puduraya turut mempunyai kumpulan ‘kaki pau’ yang sering meminta wang daripada orang ramai.

Difahamkan Pudu Sentral masih lagi beroperasi sebagai stesen bas sehingga kini. Selain itu, Urban Transformation Centre (UTC) turut berada di Pudu Sentral dalam memudahkan orang ramai menguruskan urusan harian.