Rasuah Rosmah: Pendedahan Maszlee Malik akhirnya terbukti benar

Rasuah Rosmah: Pendedahan Maszlee Malik akhirnya terbukti benar

Bekas Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik berkata, kezaliman mengambil hak anak-anak Malaysia di Sarawak akhirnya terbalas.

Katanya, anak pedalaman Sarawak ini bergelut dengan kepayahan demi menimba ilmu, namun rasuah yang dilakukan Rosmah ini telah menafikan hak mereka.

Maszlee rasa bersyukur kerana apa yang beliau dedahkan kepada SPRM dan polis mengenai isu ini ketika menjadi menteri akhirnya telah terbukti.

Semoga lebih ramai koruptor dan kelptokrat akan menerima hukuman setimpal dengan jenayah mereka.