Remaja ini kantoi WhatsApp lucah dengan bapa kandung, rupanya dia kerap dirogol sejak tahun lepas
Seorang lelaki tergamak rogol anak kandungnya sendiri yang baru saja berusia 15 tahun. Bapa jenis apa ni?
Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku sejak setahun lalu di rumahnya yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.
Perbuatan terkutuk itu terbongkar pada Jumaat lepas apabila isteri suspek sendiri membaca perbualan lucah dua beranak itu di Whatsapp anaknya. Polis kemudiannya telah menahan suspek yang berusia 48 tahun itu dirumahnya.
Siasatan awal mendapati, ibu dan bapa mangsa berkahwin pada tahun 2004 sebelum bercerai tiga tahun kemudian semasa remaja itu berusia enam bulan. Mangsa kini tinggal bersama ibunya di Melor, dekat sini bersama seorang lagi adik-beradiknya.
Berdasarkan keterangan mangsa, dia pertama kali dirogol tahun lalu ketika sedang tidur di ruang tamu rumah bapanya. Lelaki itu memesan kepada remaja itu agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun termasuk ibunya.
Perkara yang dilakukan suspek membuatkan anak kandungnya ketagih untuk melakukan hubungan terlarang itu. Mangsa juga mendakwa bahawa kali terakhir dirinya dirogol adalah sehari sebelum laporan polis dibuat ibunya.
Diharapkan perkara sebegini dijauhkan daripada kita semua.