Samsung Galaxy M52 5G kini RM400 lebih murah

Samsung Galaxy M52 5G kini RM400 lebih murah

Kalau anda sedang mencari telefon 5G dengan harga mampu milik, Samsung Galaxy M52 kini ditawarkan pada harga RM1,299. Ia adalah penurunan daripada harga asal pelancarannya iaitu RM1,699. Galaxy M52 dilancarkan dalam bulan November 2021.

Spesifikasi Samsung Galaxy M52 5G

Samsung Galaxy M52 5G adalah sebuah telefon 5G dengan cip pemproses Snapdragon 778. Di bahagian muka, ia menggunakan panel Super AMOLED+ sebesar 6.7”.

Untuk pasaran Malaysia, kapasiti RAM-nya adalah 8GB tapi boleh diperbesar dengan tambahan 4GB menggunakan fungsi “extended RAM”. Penyimpanan data dilakukan ke dalam ruang seluas 128GB dan ia boleh diperluas lagi menggunakan kad mikro-SD.

Di jabatan pengimejan, trikamera belakang menjadi solusi kamera telefon ini dengan kaemra utamanya 64MP, diikuti kamera ultralebar 12MP dan yang terakhir adalah kamera makro 5MP. Akviti swafoto dijalankan melalaui kamera selfie 32MP.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 25W. Sungguhpun begitu, hanya blok 15W dibekalkan dan untuk menikmati kepantasan pengecasan penuh, anda perlu beli pengecas lain.