“Saya nak jaga anak-anak yang sedia ada dulu” – Watie
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi perancangannya untuk memiliki zuriat bersama suami.
Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah berkata dia tidak akan menolak rezeki sekiranya dikurniakan anak.
Namun, usahawan itu mengambil keputusan untuk menjaga anak-anak tirinya terlebih dahulu dan mengutamakan mereka berbanding zuriat sendiri.
Pasal perancangan anak, saya ambil keputusan untuk jaga anak-anak yang sedia ada dulu.
Dalam pada itu, Watie berkata suaminya juga telah memintanya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sejak awal perkenalan lagi.
Tapi kalau dikurniakan rezeki untuk dapat zuriat… Alhamdulillah saya tak menolak.
Info tambahan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad telah selamat mendirikan rumah tangga keduanya bersama Watie dengan sekali lafaz di majlis pernikahan mereka pada 24 Jun lalu.