Sayu! Shuib bawa anak-anak sambut hari jadi di pusara Siti Sarah

Sayu! Shuib bawa anak-anak sambut hari jadi di pusara Siti Sarah

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan rasa sebak sepanjang melihat Shuib membawa tiga anaknya mengunjungi pusara ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pusu, Gombak hari ini.

Lebih pilu, Kunjungan tersebut sempena ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang ke-37 pada hari ini.

Dalam berdurasi satu minit 18 saat itu memaparkan Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, hadir ke tanah perkuburan tersbeut turut menabur bunga segar di atas pusara ibu mereka.

“Subhana-Allah. Selamat hari ulang tahun kelahiran ke-37 sayang. Hari ini saya dan anak-anak sambut hari jadi awak di rumah baru awak.

“Insya-Allah walaupun berbeza keadaan, saya tahu awak ada dengan kami. Rasa cinta yang tetap sama, Insya-Allah,” tulis pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad itu.

Menerusi hantaran sama, pelawak terkenal itu turut menitipkan doa agar arwah isterinya diampunkan Tuhan serta diberikan ganjaran syurga.

“Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan letakkan awak disyurga tertinggi.

“Harap Tuhan menyatukan kita semua di syurga, amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” katanya lagi.

Semalam, Kosmo! melaporkan anak bongsu Shuib dan Siti Sarah, Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah dan berita tersebut diterima sehari sebelum hari ulang tahun arwah Siti Sarah yang ke-37.

Ayash dilahirkan pramatang secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.