Sedapnya tikus ni makan ayam goreng di kedai mamak, jijik!

Sedapnya tikus ni makan ayam goreng di kedai mamak, jijik!

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini, 26 Disember, membatalkan lesen sebuah restoran di Pandan Indan yang tular terdapat seekor tikus sedang menjamah ayam goreng di dalam pemanas makanan baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim, pembatalan lesen tersebut adalah selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor yang mengeluarkan Notis Perintah Tutup ke atas premis berkenaan, pada Ahad (25 Disember).

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas premis itu.

Restoran akan disita jika terus jalankan perniagaan

“Tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi selepas NPPL dikeluarkan,” kata Mohd Fauzi.

Tambah beliau lagi, permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan oleh MPAJ sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan sudah dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik kedai makan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi memaklumkan penarafan; kebersihan premis itu sebelum ini adalah pada Gred B iaitu pada Jun 2021 dan terbaru adalah pada Januari lalu.

“Berdasarkan rekod pemeriksaan lalu, penarafan kebersihan premis itu adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru adalah pada Januari lalu.

“MPAJ mengambil berat isu yang telah berlaku ini dan tindakan akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mengambil mudah tentang aspek kebersihan,” kata beliau lagi.

Orang ramai juga boleh melaporkan aduan berkeneaan kebersihan premis di kawasan MPAJ melalui : http://aduan.mpaj.gov.my/aduan/

Terdahulu KKM turut mengeluarkan enam notis kompaun terhadap restoran tersebut ekoran dari kegagalan pemilik memenuhi aspek penyediaan makanan yang bersih dan selamat.