“Sekarang Sajat duduk Australia, dia balik Malaysia kita kaunselinglah” kata Menteri Agama

“Sekarang Sajat duduk Australia, dia balik Malaysia kita kaunselinglah” kata Menteri Agama

 

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat akan diberi kaunseling  selepas kembali ke tanah air nanti.

Demikian jawapan ringkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad.

“(Sekarang) dia duduk Australia, dia balik Malaysia kita kaunselinglah,” katanya selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini, memetik laporan Malaysia Gazette.

Muhammad Sajjad semalam mengesahkan dia kini menetap di Australia.

Ini berikutan kes di mahkamah syariah terhadapnya kerana berpakaian seperti wanita di sebuah majlis tiga tahun lalu.

Beliau turut mendakwa telah diberikan status penduduk tetap di Australia di mana dia akan memulakan semula perniagaannya di negara itu.

Pada Febuari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, 6 Januari lalu Nur Sajat dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Kemudian pada September, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan Nur Sajat telah ditangkap oleh pihak imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.