Selalu kena bedal dengan suami, isteri ini lega diceraikan

Selalu kena bedal dengan suami, isteri ini lega diceraikan

Tidak dinafikan, setiap hubungan suami isteri pasti akan ada berlakunya salah faham sehingga boleh mencetuskan pergaduhan, namun individu itu sendiri perlu bijak dalam mengawal emosi.

Lebih parah apabila perselisihan faham itu berlanjutan sehingga melibatkan keganasan rumah tangga dan mengakibatkan kecederaan secara fizikal kepada pasangan.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi kisah hidupnya apabila terpaksa memilih untuk bercerai dengan pasangannya gara-gara sikap bekas suaminya itu yang panas baran dan sering bertindak di luar kawalan sehingga sanggup mencederakannya.

Perkongsian @Ohh_Shuhadot itu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita tersebut.

“Moga puan terus kuat, tapi tindakan yang bijak, jangan tunggu dah patah tulang apa baru nak bertindak, kita kena sayang diri sendiri dulu, kalau pasangan jenis kaki pukul, jangan terus dekat bersama lagi,” komen Cahaya Oyen.

Difahamkan juga, bekas suaminya itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah sehingga emosinya sukar untuk dikawal disamping mempunyai kekasih hati yang lain.

Walaupun perasaan kecewa dan sakit dikhianati oleh suami sendiri, wanita tersebut dilihat sangat cekal menempuh ujian ini dan dia tetap mendoakan kebahagiaan lelaki itu serta turut mengingatkan agar tidak mengulangi sikap panas barannya lagi.

“Saya kuatkan hati nak bercerita, 8 Januari 2022 kami disahkan bercerai. Maaf tak dapat bertahan lama dengan awak.

“Walaupun kita dah tidak ada apa-apa hubungan, saya doakan awak bahagia walaupun bukan dengan saya, biarlah saya seorang yang rasa sakit sebelum ini, jangan ulang sikap lama awak dengan orang baru,” luahnya.