Selepas difatwa haram, Zizan umum tinggalkan Forex
Pelawak dan pelakon tekenal Zizan Razak mencuri perhatian orang ramai apabila mengumumkan yang dia kini telah meninggalkan dunia pelaburan mata wang asing (Forex).
Tampil menerusi satu perkongsian di Instagram, Zizan menjelaskan dia membuat keputusan berkenaan atas sebab tertentu namun tidak berkongsikan secara lanjut mengenai perkara berkenaan.
“Assalamualaikum semua. Harini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu. Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. InshaAllah.”
Zizan Razak.
Mohon maaf pada orang ramai yang terikut jejak langkahnya
Zizan menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story turut meminta maaf sekiranya ada di kalangan mereka yang telah mengikuti jejak langkahnya dengan menyertai urus niaga itu sebelum ini.
“Kepada sesiapa yang telah terikut Zizan hari itu, Zizan minta maaf. Senang cerita Zizan sudah cuci tangan daripada dunia Forex,” kata selebrti berkenaan di dalam video tersebut.
Sebagai info, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun 2012 memutuskan pelaburan Forex menerusi platform elektronik adalah haram justeru umat islam sama sekali tidak dibenarkan untuk menyertai sistem perniagaaan tersebut.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, pengharaman tersebut dibuat hasil kajian oleh jawatankuasa itu selepas mendapati perniagaan forex melibatkan spekulasi mata wang adalah bercanggah dengan hukum Islam.