Selepas dikecam makan gaji buta, Peja mahu pulang semula gaji penasihat khas

Selepas dikecam makan gaji buta, Peja mahu pulang semula gaji penasihat khas

“Saya mahu me­mulangkan keseluruhan RM27,000 itu kepada tabung Covid-19.”

Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berjanji memulangkan semua ga­ji yang diterima sewaktu bertugas sebagai Penasihat Khas kepada be­kas Perdana Menteri, buat tabung Covid-19.

Tidak berkecil hati dan marah dengan pihak yang mempersoalkan pendapatannya itu, beliau malah bersetuju perkara itu dibangkitkan di Parlimen minggu lalu demi memastikan ketelusan urus tadbir kerajaan.

“Saya bersetuju dengan mereka, kerana saya belum berikan perkhidmatan yang banyak lagi, tetapi menerima pula gaji RM27,000 campur lagi pro rata, mungkin lebih lagi.

“Saya berhasrat memulangkan keseluruhan penerimaan itu kepada tabung Covid-19. Minta maaf, kepada semua yang mengata saya itu, saya ampunkan. Andai saya tersilap cakap, saya mohon ampun,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.