“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka yang baharu.
“Semoga PAS Melaka terus berkembang khususnya di Negeri Melaka dan menjadi sebuah wadah perjuangan Islam yang menyatukan ummah,” katanya di media sosial, seperti dilaporkan Suara Merdeka.
Pada PRN Melaka yang berlangsung pada Sabtu lalu, Kamaruddin tewas di Dewan Undangan Negeri Duyong, kerusi yang pernah ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan kecundang.
Sementara Zulkifli pula calon Pas di Parlimen Tangga Batu pada PRU-14.