Selepas kantoi berkhalwat dengan lelaki Bangladesh, ini alasan si janda…

Selepas kantoi berkhalwat dengan lelaki Bangladesh, ini alasan si janda…

Hanya datang untuk mengurut secara sambilan. Itulah alasan yang diberikan seorang wanita selepas dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki yang merupakan warga Bangladesh kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 51 tahun yang berstatus janda itu disyaki berdua-duaan dengan lelaki itu dalam sebuah bilik motel di Kulim, Kedah sebelum ditahan dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saat.

Lelaki Bangladesh sekitar 30-an itu pula menetap di Sungai Petani dan hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri mengundang syak mereka disyaki berkhalwat.

Kemudian, kedua-dua mereka dibawa ke balai polis untuk laporan tangkapan. Pemeriksaan yang dilakukan penguatkuasa pada hari yang sama juga telah kantoikan satu pasangan lagi di motel sama.

Apa nak jadi, kalau gatal sangat kahwin je simple-simple kan senang.