Selepas prestasi hambar, Ketua Pemuda Pas umum tidak pertahan jawatan

Selepas prestasi hambar, Ketua Pemuda Pas umum tidak pertahan jawatan

 

SENATOR Ir Khairil Nizam Khirudin tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda PAS.

Setiausahanya, Mohd Nadzim Ahmad Azmi berkata, keputusan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia semalam.

“Semalam, mesyuarat itu bagi membincangkan persiapan terakhir Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia.

“Namun, dalam mesyuarat tersebut, kami telah dimaklumkan oleh Ketua Pemuda, Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin bahawa beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda DPPM bagi sesi 2021/2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Malaysiapost.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak mereka menghormati keputusan yang dibuat Khairil dan serahkan kepada kepimpinan PAS.

“Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan DPPM kepada Muktamar DPPM yang akan berlangsung akhir bulan ini,” katanya.