Selepas Umno jatuhkan Umno di Melaka, PM mahu isytihar darurat

Selepas Umno jatuhkan Umno di Melaka, PM mahu isytihar darurat

 

PELUANG untuk merentas negara secara bebas akan diumumkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut meminta rakyat supaya bersabar seketika.

“Kita akan berikan kebenaran untuk merentas negeri secara serentak dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

“Perkara itu disebabkan kadar vaksinasi populasi dewasa sudah 80 peratus dan semakin menghampiri angkat 90 peratus.

“Bila sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa divaksin, bermakna negeri lain juga mempunyai jumlah vaksinasi yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis PraPelancaran  #keluargamalaysia di Auditoroum Perdana, Angkasapuri hari ini.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkanhanya tinggal 0.9 peratus untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin Covid-19 bagi membolehkan sempadan antara negeri dibuka.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 89.1 peratus atau 20.856 juta populasi dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Ini memungkinkan keputusan untuk merentas negeri akan dibenarkan kepada semua dalam tempoh masa sehari dua lagi.