Semalam tujuh orang mati akibat Covid19!

Semalam tujuh orang mati akibat Covid19!

Tujuh lagi kematian akibat Covid-19 dicatat semalam (2 Feb), menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 31,992 kes.

Daripada jumlah kematian baru itu, sebanyak 28.6 peratus (2 orang) meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di Asean dan Asia Timur dengan 969 kes daripada sejuta penduduk.

Ia meletakkan negara ini di tempat keempat terburuk di Asia selepas Iran, Lubnan dan Jordan.

Kematian tertinggi semalam direkodkan di Kelantan (2) atau 28.6 peratus.