Semua ‘aset’ nak tayang pada orang, apa yang special untuk suamimu?

Semua ‘aset’ nak tayang pada orang, apa yang special untuk suamimu?

Pelakon, Sharifah Sakinah menerusi satu hantaran di Instagram berkata dia perlu menapis pengikut dan menyekat golongan lelaki daripada mengikuti media sosialnya.

Kata pelakon ini, dia kerja ‘jual badan’ jadi dia memang perlu menunjukkan satu persatu otot dan aurat. Ini berikutan Sharifah Sakinah sering dikecam gara-gara gambar dan video senaman dengan pakaian mencolok mata.

Kenyataan yang dibuat pelakon drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ ini nampaknya tidak mendapat respon baik daripada orang ramai.

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri sebelum ini turut pernah menegur pakaian Sharifah Sakinah. Tetapi katanya pelakon ini ternyata belum nampak tanda-tanda ingin berubah.

Kerap kali menegur hamba Allah ini, namun ternyata belum nampak tanda² ingin berubah, terlalu banyak kaedah mencari rezeki yang halal dan diredhai serta diberkati kenapa cara ini yang kamu cari?

Jika ternyata lumayan pendapatan dengan cara ini, ketahuilah, ianya tiada keberkatan dan haram kerana memperoleh dari cara yang haram.

PU Syed menyeru pelakon ini menggunakan nikmat yang Allah SWT kurnia untuk mencari reda-Nya bukan kemurkaan-Nya iaitu dengan mengajak orang ramai sihat dengan cara patuh syariah.

Gunakanlah ni’mat Allah yang ada pada kamu untuk mencari redhaNya dan bukan mencari kemurkaanNya. Ajak manusia untuk sihat dengan cara yang patuh syariah, bukan yang meruntuhkan syariat..malulah kepada Allah..jika semua ingin ditayangkan pada orang..apa lagi yang tinggal untuk suamimu!

PU Syed mohon netizen follow akaun yang memberi manfaat di akhirat dan sama-sama mendoakan semoga kita semua diberikan petunjuk Allah SWT.

Perkongsian penuh teguran PU Syed: