Shuk buat hal apa kali ini, tular video anak perempuan meraung menangis dibuatnya

Shuk buat hal apa kali ini, tular video anak perempuan meraung menangis dibuatnya

 

Angkara ibu bapa, anak yang menanggung derita, itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh anak gadis pelawak, Shuk Sahar.

Tidak dapat menahan sebak, anak bongsu Shuk iaitu Nur Assyifatul Aimi terlihat meraung kerana tidak mahu berpisah dengan ayahnya.

Dahagakan kasih sayang, Aimi yang enggan berhenti menangis walaupun dipujuk itu merayu agar Shuk tetap berada di sisinya.

“Tapi adik nak tidur dengan ayah. Adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” rayu gadis yang berusia empat tahun itu.

Sah bercerai pada 22 Mac lalu, dua orang anak perempuan Shuk iaitu Aimi dan Nur Qurratu Ain menetap di Sabah bersama bekas isterinya, Rossa Sera.

Manakala, bekas pengacara yang sudah lama tidak tampil di kaca televisyen itu pula masih kekal tinggal di semenanjung.

@shuksahar

Jumpa lagi ain kondeng jaga diri elok2 ye ayah sayang ain ngn aimy…. #shuksahar #hartaduniaakhirat

♬ original sound – shuksahar – shuksahar

Kejadian yang menyayat hati itu dikongsikan dalam bentuk video dan dimuat naik menerusi akaun TikTok milik Shuk.

“Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok, ayah sayang Ain dan Aimy,” tulis Shuk di kapsyen video itu.

Shuk dan Rossa Sera sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur setelah lapan tahun berumah tangga.