Shuk Sahar pula sertai Tabligh, doakan dia istiqamah

Shuk Sahar pula sertai Tabligh, doakan dia istiqamah

Pelawak dan pelakon, Shuk Sahar mengikut jejak beberapa rakan selebriti lain yang berjihad di jalan Allah SWT dengan mengikuti program dakwah bersama golongan tabligh.

Penglibatan murninya itu tular selepas sekeping gambarnya bersama salah seorang anggota tabligh dikongsikan di akaun Instagram @dakwahtablighmalaysia.

“Shuk keluar ke jalan Allah, doakan dia istiqamah di jalan Allah,” tulis pengendali akaun berkenaan, lapor Utusan.

Perkongsian itu menerima maklum balas positif dalam kalangan netizen.

Rata-rata mereka yang mengikuti perkembangan shuk itu mengharapkan agar dia terus istiqomah dengan niatnya untuk melakukan kerja dakwah.

“Semoga Shuk terus istiqomah dan kehidupannya diberi kebahagiaan dan ketenangan,” tulis pengguna akaun IG, wakkoyyok.