Siap teman mayat, anak OKU disyaki bunuh ayah sendiri

Siap teman mayat, anak OKU disyaki bunuh ayah sendiri

 

Seorang lelaki ditemui maut dengan beberapa kecederaan pada bahagian badan serta kesan terbakar di rumahnya yang terletak di Bentong oleh pihak polis.

Disyaki dibunuh anak sendiri

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, anak lelaki mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran turut berada di sisi mayat bapanya ketika pihak berkuasa melakukan siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar, mayat lelaki berusia 64 tahun itu ditemui terbaring di atas lantai.

Berdasarkan maklumat awal, lelaki itu ditemui terbaring di atas lantai dalam rumah berkenaan dengan beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar.

Siasatan juga mendapati isteri mangsa berusia 61 tahun bersama anak keduanya iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di sebuah hospital sejak 19 Jun lalu.

Mangsa ditinggalkan bersama anak bongsu lelakinya berusia 22 tahun yang memiliki kad OKU (masalah pembelajaran) di rumah mereka.

Tambah Zaiham lagi, mayat mangsa telah pun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi proses bedah siasat.

Kami masih menyiasat mengenai aktiviti yang dilakukan ‘suspek’ sepanjang tempoh dia berada di rumah berkenaan (bersama) mayat mangsa (bapanya).

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk proses bedah siasat.

Anak lelaki mangsa turut direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.