Simpan nama skandal ‘Wan Aircond Man’, akhirnya kantoi dengan isteri, macam-macam gambar keluar

Simpan nama skandal ‘Wan Aircond Man’, akhirnya kantoi dengan isteri, macam-macam gambar keluar

Tindakan seorang suami yang berlaku curang apabila menjalinkan hubungan dengan wanita lain terbongkar setelah isterinya membaca perbualan mereka di ruangan mesej di aplikasi WhatsApps.

Kantoi ada perempuan lain

Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada perkongsian dibuat seorang wanita di Facebook Cinta Suami Isteri, dia memaklumkan yang suaminya turut menukar nama skandal tersayang dengan nama ‘Wan Aircond Man’ bagi mengaburi mata isteri.

Menerusi luahan sang isteri, dia tidak sangka yang suaminya menyimpan perempuan lain sedangkan sebelum ini dia hanya membaca kisah kecurangan dalam rumah tangga menerusi media sosial.

Siap beli kondominum lagi

Kegiatan suaminya terbongkar setelah mereka pulang dari Kalimantan apabila dia mulai ragu melihat senarai nama individu yang dihubungi suaminya.

Selain mesej-mesej mesra mereka, paling mengejutkan sudah tentu tindakan lelaki itu yang membelikan satu unit kondominium untuk kekasih gelapnya.

Diakhir pendedahan yang dibuat, wanita tanpa mendedahkan identiti itu mengatakan yang sekarang barulah dia faham mengapa ada isteri mengadu suami kerap berada di parking kereta apabila sampai di rumah. Rupanya mahu menghantar laporan kepada kekasih hati bahawa sudah sampai dan jangan hubunginya lagi.

Beri kata2 semangat. Ada yang penah alami hal sama

Menjengah ke posting yang dibuat wanita itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya supanya bersabar dan cuba mengambil tindakan agar kedua-dua mereka sedar bahawa mereka sedang melakukan kesilapan.

Kerja tak clean ni

Rupanya sekadar konten

Walau bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bahawa perkongsian tersebut sekadar konten dan mereka juga dalam keadaan baik baik sahaja.

Mereka baik2 sahaja

Apa-apa pun, isu rumah tangga sememangnya bukanlah satu bahan guruan. Walaupun sekadar konten untuk memberi pengajaran, namun ia juga memberi perspektif buruk dalam perkahwinan.

Ia mungkin boleh mengakibatkan sesetengah pihak memilih untuk tidak menjalinkan hubungan dan menganggap perkahwinan sebagai satu perkara yang menakutkan.