Suami meringkuk dalam penjara, ibu ini sedap buat amang seks dengan anak lelaki

Suami meringkuk dalam penjara, ibu ini sedap buat amang seks dengan anak lelaki

 

Seorang wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun telah ditahan reman oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ibu amang seksual anak lelaki

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, suspek yang berusia 33 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu di kediamannya pada November tahun lalu.

Suspek kemudian ditahan selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Sejurus laporan dibuat, pasukan polis menahan wanita itu dan merampas telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk merakam video berkenaan. Siasatan mendapati mangsa adalah anak ketiga daripada lima beradik.

Hasil siasatan awal mendapati, suami suspek sedang menjalani hukuman penjara manakala wanita itu negatif terhadap dadah. Difahamkan, kesemua anak suspek yang berusia dalam lingkungan sembilan hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan JKM.