Suami teringin tengok isteri diratah, lelaki ini ajak kawan-kawan ratah isteri

Suami teringin tengok isteri diratah, lelaki ini ajak kawan-kawan ratah isteri

Seorang lelaki Singapura tergamak menawarkan rakan sekerjanya untuk melakukan hubungan seks bersama isterinya sendiri. Lebih mengejutkan apabila kedua-dua suspek membuat perancangan jijik itu tanda pengetahuan mangsa.

Suami tawar rakan ‘ratah’ isteri

Memetik laporan The Straits Times, suami mangsa yang berusia 48 tahun itu mengajak rakannya berusia 45 tahun masuk ke dalam bilik tidurnya di mana pada ketika itu isterinya (mangsa) sedang berbaring di atas katil. Ibu kepada tiga anak itu kemudian dibogelkan, kedua matanya ditutup dan diberikan alkohol dan dadah sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Namun mangsa bernasib baik, dia sempat menyelamatkan diri dan membuat laporan polis kerana pada waktu kejadian, suspek dikatakan mengalami masalah disfungsi. Berikutan daripada itu, suspek (rakan suami) dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan cubaan merogol.

Suspek dikatakan melakukan percubaan merogol itu bagi memenuhi fantasi songsang suami mangsa untuk melihat isterinya bersama lelaki lain.

Menurut dokumen mahkamah, beberapa lelaki lain yang bergelar suami turut ditahan kerana menawarkan orang lain melakukan hubungan seks dengan isteri mereka.