Sultan Sulu mengganas, aset negara seluruh dunia terancam!

Sultan Sulu mengganas, aset negara seluruh dunia terancam!

Waris Kesultanan Sulu yang membuat tuntutan bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia menyebabkan aset milik negara di seluruh dunia kini berada dalam bahaya.

Sebelum ini, melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa yang berlangsung di Madrid, Sepanyol, waris Kesultanan Sulu dilaporkan telah menuntut jumlah tersebut dari Malaysia.

Proses timbang tara tersebut dimulakan sebagai tindak balas terhadap tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada waris Sultan Sulu pada 2013.

Tindakan undang-undang telah dikemukakan pada 2017 oleh waris Sultan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa mereka dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pasukan peguam waris Kesultanan Sulu pula kini dilaporkan sedang berusaha untuk memastikan keputusan timbang tara yang diputuskan sebelum ini direalisasikan.

“Arahan ‘penangguhan’ yang dilihat melegakan kerajaan Malaysia buat sementara waktu sebenarnya hanyalah penangguhan sementara di sebuah negara sahaja, iaitu Perancis.

“Bagaimanapun, ia tidak melibatkan 169 negara lain,” kata Paul Cohen, yang merupakan ketua pasukan peguam waris Kesultanan Sulu.

Seorang lagi peguam, Elisabeth Mason berkata, selain aset yang dikecualikan seperti bangunan diplomatik, mana-mana aset kerajaan Malaysia di dalam negara yang disenarai dalam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah layak untuk dituntut.

Oleh yang demikian, mana-mana saja aset Malaysia di seluruh dunia kini berada dalam ancaman tuntutan kebangkitan waris Kesultanan Sulu.

Minggu lalu, peguam pihak yang menuntut dilaporkan telah merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

PETRONAS dalam satu kenyataan memaklumkan sudah melupuskan dua asetnya di Azerbaijan dan hasilnya sudah dipulangkan.